Saturday 6 April 2013

Chaos

Minggu lepas, minggu paling busy sepanjang aku hidup kat muka bumi yang fana ni. Ada dua assignment nak kena siapkan dan dateline last draft ialah tarikh yang sama. Satu assignment kena tulis 5000 patah perkataan. Pasal perkhidmatan komuter je pun. Satu lagi pasal masyarakat orang asli. Nais! So bersengkang mata, tak makan, tak tidur, bertemankan lampu merah pemberian bekas teman lelaki aku. Haha. Aku pun stay up buat kerja sampai 4 pagi. Message boyfriend aku pun aku tak layan. Kasihan dia. Bukan apa, penat kot menghadap benda depan mata yang bercahaya ni, maksud aku laptop, boleh rabun mata. Dalam masa yang sama, aku ditugaskan untuk buat id card untuk 83 orang student Pre-U. At first dah siap, pappp! hantar kedai. Dia cakap size salah. Okay lagi satu masalah, kena betulkan balik semua 83 kad tersebut, siapkan dalam masa 5 jam, duduk kat bayu sambil minum air limau ais. Siap pun kerja. Tengok jam, pukul 7:00 pm. Kedai dah tutup. Pasrah, pulang dengan hampa. Jadi harini aku pun pergi lah menghantar dokumen tersebut. Orang tu boleh perli "finally betul pun semua.." Okay.. Dah happy. Tetiba orang tu call.

"hello, you tau tak ada id card yang masih tak sama ukuran dia"
"yeke? so macamana ye?"
"you bagi email you la, nanti i kasi hantar sama lu yang salah punya, so you kena buat balik la"
"boleh i tahu berapa yang salah?"
"Nanti i kasi hantar sama you la"
 
Sentap mak nyah. Baru ingat nak enjoy. Dah taknak tengok dh smua ni lg, malangnya, ada beberapa yg harus aku betulkan semula. Takpelah, janji aku dapat makan pecal ayam kat padang jawa, seriously sedap bapak ahhh!! Aku rasa saat ini, terngiang ngiang ayam yang bertebangan yang dicicah bersama sambal pecal. Aduhhhh. sedeppp!! jawo habis nih. Ok rasanya sampai disini sahaja untuk hari ini. Adios amigos. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment