Friday 1 March 2013

Port Dickson

Kem jom ke menara gading. Cikgu saje nak bawak kitorang jejalan. Dapat la pergi PD. Stay one night kat NUBE training centre. Okay laa. Kem tu macam tak pack sangat tapi aktiviti semua fun.
 Aku dilantik as a penghuluwati.  
Tapi.. sebenarnya tak buat apa pun :P 
 Petang petang dapat main tepi pantai.. main banana boat. Best la. Tak pernah pernah explorace kena jalan jauh jauh, kena tangkap angsa, pegang ular, bagi makan ostrich, buat senamrobik kat dataran port dickson, naik donkey, menari cam orang bodoh.. kena basuh lori bomba, kena tahan bas tepi jalan nak pergi balik kat tempat kem. Teruk kena, tapi seriously hilarious and hectic gila.

Bila balik dari kem, semua sunburn teruk gila.. ada yang demam. Excited jumpa air laut katakan. Orang mandi air laut.. aku pergi telan air laut. Ada la sebotol kot. Malam tidur kat dorm tu tak tidur aku sampai pagi. Rasa serammm sangat. Orang lain dah berdengkur syok je, aku tercari cari siapa la nak teman aku sampai ke pagi. Orang dah bangun nak mandi aku still terjaga sebab risaukan semua orang. Aku tak cakap yang aku tak percaya benda ghaib tu, tapi malam tu aku dapat rasa. Lagi lagi bila diorang terlalu taksub. Yang budak lelaki sampai pagi dok main kejar kejar sana sini. Tak faham aku == 

Aku sempat tidur 1 jam je, cukuplah untuk lelapkan mata sekejap.
Esoknya time penutup kem, aku kena bagi speech. Ya allah bergetar lutut, tangan basah, itu pertama kali aku bagi speech depan orang. Takut. Seriously. Tapi itulah.. experience yang aku dapat kali ni memang challenging habis. Alhamdulillah kami selamat pulang.

No comments:

Post a Comment