Tuesday, 24 January 2012

Kehilangan.

21 Januari 2012, 5am, di hospital universiti kuala lumpur, arwah nenekku telah pergi meninggalkan 7 orang anaknya, 24 cucunya dan seorang cicitnya. Terasa sebak di hati apabila anak anak wan dan cucu-cucu berada di sisi semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dan aku salah seorang daripada cucunya yang berada di sampingnya. pada pukul 3 pagi, aku,aina dan nad, kitorang merancang nak pergi tidur kejap dekat surau disebabkan terlalu penat, aku berada di situ sejak pukul 9 mlm, tak berhenti henti kami membaca yassin dan aku sempat buat solat hajat malam tu, masih terngiang-ngiang di dalam fikiran aku, pada pukul 4 pagi, tiba2 am dtg kejut kitorang kat surau, "we korang! bangun! doktor panggil, wan dah nazak" aku terus kejut nad yg masih lg dibuai mimpi, aku terus capai tudung dan aku sarung kat kepala, dalam hati aku harap doktor panggil sebab wan dah sedar, aku,nad dgn aina berlari menuju ke wad ICU. Dan degupan jantung wan semakin lemah, kitorang terus baca yassin tanpa henti, sehingga mesin yang menunujukkan degupan jantung wan di bacaan 0, kami bagaikan tidak percaya, wan pergi begitu tenang, kitorang teruskan membaca yassin seolah-olah tidak mengerti yang wan sudah tiada, badan wan seakan-akan masih bernafas disebabkan mesin yang mengepam jantungnya itu. Sebak terasa apabila pakcik bisik dkt wan "mak, mak jalan elok-elok ye" air mata aku mengalir macam air terjun, betapa aku sayangkan wan, sejak lahir lagi, wan selalu cium aku, terigat lagi, masa wan masih ada, pada malam wedding kak ica, aku sempat bermanja-manja dengan wan, wan cerita masa dia jaga aku masa kecik2, lps ibu habis pantang lps bersalinkan aku, aku tinggal dengan wan, wan tak pernah abaikan aku, wan spnjg masa cium aku, malam tu wan sempat demo, berapa kali entah wan cium aku pada malam tu, itulah kali terakhir aku dapat bermanja dgn wan. Lpstu aku duduk dgn wan sbb nk jaga auni, masatu wan pun tk berapa nak sihat, tapi dia masih gagahkan diri untuk mandikan auni. teringat masa wedding kak ica, aku pergi kat wan dan ajak wan tangkap gambar "wan, buat peace wan" wan pun buat, lama pulak tu, tak turun2 tangan dia, "eh aku taktau la ape kebendanye ni" wan cakap macamtu. 


Dan adakah itu senyuman terakhir wan di dalam gambar yang diambil sebelum dia pergi. wan pergi dalam keadaan yang amat tenang. dan urusan jenazah pun cepat je, alhamdulillah, walaupun traffic jam masa nak balik kampung, aku sempat mencium dahi wan yang sejuk sblm jasadnya dikebumikan. muka wan suci dan bersih sgt, aku takut kalau airmata aku jatuh semasa aku mencium jasadnya. Takut jika dia terasa sakit, aku lap airmata aku, aku tak sekuat orang lain, mungkin sebab aku rapat dengan wan lebih daripada cucu yang lain *kot. 

Al-fatihah untuk Seripah binti Maimunah, semoga wan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment