Dah lama tak berblog, harini aku cuma nak menyampaikan ketidakpuasan hati aku terhadap sesetengah pihak yang taknak mengambil pekerja yang memakai tudung. Sebab apa aku tak puas hati. Pertama, negara kita negara islam, so orang perempuan memakai tudung tu adalah normal. Kedua, takda pun dalam buku mana mana pun tulis "orang yang pakai tudung tu dapat membankruptkan kedai kamu". Ketiga, orang yang pakai tudung tu bukannya buat perkara tak sopan, malah aku rasa lebih sopan. Keempat, nak layan customer pun perlu ke sampai mendedahkan aurat?. Kelima, berdosa ke kalau ambik pekerja yang memakai tudung?. Keenam, k dahtktahu nak cakap apa dah. Yang penting, tolonglah jangan tetapkan samada kene pakai tudung atau tidak untuk mengambil seseorang pekerja. Itu sahaja dari saya untuk semua pihak yang terlibat dan terasa, sepuluh jari saya hulurkan untuk memohon maaf. Saya cuma menyampaikan ketidakpuasan hati sahaja. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment