Thursday 28 March 2013

Epic Holiday

Assalamualaikum,

Jadi cuti sekolah kali ini aku habiskan separuh darinya untuk pulang ke kampung halaman. Memandangkan ayah dah tukar kereta baru, takdelah kitorang bergaduh siapa duduk kangkang lagi besar. Haha. Bila kitorang diam.. ibu tanya

"korang taknak bergaduh berebut tempat duduk ke?"

"eh, kitorang tengah berebut bantal ni bu"
  
Macamtulah kitorang adik beradik. Apa je yang tak boleh gaduh. Berebut keropok mi-mi pun boleh bunuh sesama sendiri. Ayah call paklong, sebab dorang dah janji nak gerak sama sama pukul 9, tapi pukul 9.. aku baru mengeliat atas katil. Ibu kat bawah dah terpekik

"Korang ni cepatlah bangun.. Ibu siap kejap je"

Aku pun bangun sepantas kilat sambar towel, mandi ala ala lambat nak pergi sekolah, turun bawah tengok ibu tengah pakai baju kelawar lagi. Ibu ni cari gaduh ni.. Punya la laju aku bersiap, dia mandi pun tak lagi. Pukul 11 kitorang gerak, pukul 2 sampai kampung.. Rumah kampung rumah tinggal, bayangkan keadaan rumah tinggal selama 3 bulan kitorang tak balik lepas cuti bulan 12 tahun lepas. Rumput dah sama tinggi dengan pokok kelapa dah. Ye ye je janji dengan paklong nak gerak sama sama. Kitorang yang sampai dulu. Jadi kitorang teruskanlah dengan kerja kerja pembersihan, macam macam binatang aku jumpa dalam rumah arwah nenek aku. Biawak, tikus.. cik "upon" jiran sebelah rumah cakap haritu ada ular warna hitam mati kat bawah pokok betik rumah arwah wan aku. Telan air liur aku dengar ada ular. Dah separuh mati aku kemas rumah yang berhabuk tu...

"assalamualaikummmmm...."

Family paklong sampai.. haha. Waktu gossip terus dimulakan. Hari sabtu dan ahad dekat kampung ialah hari yang paling tak produktif bagi kami. Kemas rumah. Kemas rumah lagi... duduk termenung. Hari isnin ayah ajak pergi gambang. Alah gambang waterworld. Hihi. Kitorang mandi kambing je pagi tu, singgah kedai kaklong makan kuey teow hong kong, dahla aku tunggu lama.. menyesal! Dia macam pergi beli bahan nak masak kat hong kong dulu baru siap kuey teow aku lepas sejam. Tengok jam dah pukul 3. Alamak macam lambat je, japlg dapat mandi sekejap jee.. Memang celupar mulut aku. Beli je ticket, baru nak masuk kat entrance.. Papppppp!!!! Hujan turun.. lebat tak terkata. Aku,nadd,aina,alin dgn adik tercengang :O

"Macamana nak mandi nii!!!!"
  
Tetiba bunyi announcement.. "teng neng neng teng.. harap maaf, taman tema air gambang akan ditutup untuk sementara waktu disebabkan oleh keadaan cuaca yang tak mengizinkan, para penggunjung diminta meninggalkan kawasan air untuk sementara waktu, taman tema akan dibuka semula selepas penggumuman diadakan"

Tersentap lama kitorang dengan pelampung, duduk kat tepi foodcourt macam orang hilang arah tujuan. Dahla sampai dah pukul 4.. lepastu malang menimpa kena tunggu lagi. 30 minit jugakla kitorang berdiri sambil doa hujan tolonglah reda. Bunyi je announcement.. berterabur kitorang lari sebab nak naik slide. Sebelum orang lain sampai kitorang jadi yang pertama. Haha. Naik family raft, galaxy ride, superman, open slide. Semua aku naik sorang2. Bapak lifeless gila aku, jerit sorang sorang. Haha. Kesian kan. K.. Paling takut superman la, bapak la tinggi nak mampus. Lepastu main kat wave pool dengan river ride. Gambang bolehla, takdelah boring sangat, tapi dalam sejam korang boleh habis naik semua slide dia. Sikit je, ada la dalam 6 slide kot..Pukul 6 tu habis mandi.. 6.30 kitorang keluar dari situ, pergi jalan jalan kat bandar kuantan, cari kerepok lekor, tapi malangnya kedai kepok mok su dah tutup!! Jadi kitorang pun lepak warung makan alas perut. Sampai je kat kampung dah pukul 12. Dan pada hari yang sama, 25 March, its my boyfriend birthday. I'll make another blog entry about his birthday later. So the next day, selasa.. pulang semula ke Puchong. Alin and aina ikut balik.. Nothing much, tengok running man, perahu kertas, malamtu hantar dorang balik. 4 hari spent time kat kampung, balik rumah letih.. rumah pulak yang perlu dikemas.. Mengingatkan banyak kerja lagi yang tak siap. Harini baru terketek ketek nak buat. Itu saje buat hari. Selamat menjalani hari yang indah.

No comments:

Post a Comment