8 bulan 2 minggu. Bukanlah satu masa yang singkat. Bagi aku terlalu lama. Aku ditinggalkan, ditipu, adakah aku bukan seperti manusia lain, adakah aku heartless sampaikan semua orang nak menyakitkan hati aku. The true fact is, aku mungkin tidak layak untuk dicintai. Seriously, aku tak mudah menyukai seseorang, benda paling sukar untuk aku lakukan ialah melupakan seseorang. Sudah 8 bulan 2 minggu aku menghitung hari aku ditinggalkan oleh seseorang, dan sekarang semuanya sudah kembali pulih, aku sukakan hidup sebagai seorang yang single, tapi tipu lah kalau aku tak berkeinginan untuk ada teman lelaki. Kadang kadang rasa sedih, kenapa lah nasib daku ditakdirkan begini. Mungkin tuhan sayangkan aku, dia bagi aku dugaan supaya aku sedar, sedar bahawa tidak semua lelaki mengerti apakah maksud menghormati seseorang perempuan. Bukannya susah untuk menghormati seorang perempuan, cukuplah dengan menjaga segala tingkah laku antara lelaki dan perempuan tu. Mungkin aku ditakdirkan untuk jauh dari lelaki, mungkin tuhan ingin melindungi aku dari segala kejahatan. Ya, tidak semua lelaki tahu menjaga dan menghormati seorang perempuan. Dan aku selalu mengingatkan diri aku sendiri, bahawa satu hari tuhan akan temukan aku dengan jodoh yang baik. So single girl out there, dont be sad, bukan kamu seorang sahaja yang single, kita geng :D
Bersyukurlah ke atas segala nikmat yang tuhan berikan, untuk kaum lelaki, tolonglah jaga girlfriend anda dan hormati dia sebagai seorang perempuan.
Sorry jiwang sangat. kbai. Dan selamat bersekolah wahai adik adikku. Daku rindu nak ke sekolah :(
akak, cuba baca entry nihh http://eimadannovel.blogspot.com/2011/11/nikmat-cinta-terlarang.html . anyway, jangan bersedih kay, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita :D
ReplyDelete