Blog daku sudah makin membosankan, kadang kadang terfikir, adakah blog aku menjadi diary aku ataupun tempat untuk aku meluahkan segala perasaan aku. Aku makin malas nak update blog, sebab aku tahu, dulu masa ada boyfriend, boleh la dia nak baca apa yang aku buat, sekarang aku update untuk sapa? aku sungguh terharu kalau ada yang sudi membacanya.
Beberapa hari yang lepas, aku ke midvalley bersama nad and aina, and aku tengok ombak rindu untuk kali kedua. LOL. Mungkin aku takkan pernah bosan tengok cerita tu, masa tengok movie tu, aku tak sangka aku menangis lagi, sedangkan aku dah tahu macamana jalan ceritanya, aku pelik. Me so jealous dengan couple yang duduk seat sebelah aku. Boyfriend dia maybe sweet, tapi bising dan annoying gila. Boleh pulak dalam wayang dia tanya macam macam kat gf dia, erghh sumpah aku fedap, memang kau saje nak kacau aku tengah feel. "Eh awak nangis eh? si bf tu tanya kat gf dia. "Eh mana ada lah" jawab si gf dia. "Eh cepatlah nangis, I nak tengok" Si bf dia suruh gf dia nangis. Aku macam pffffttttt. Dah nama pun tengok cerita sedih takkan tak nangis kot, apesal heartless gila boyfriend dia? HAHA. K lepas habis tu pergi shopping, jumpa baju lawa kat cotton on MYR40. Nak baju tu, try try ambik kau besar gila. Takde size S. Rasa nak nangis je, baju tu dah la lawa :(
Dan akhirnya aku tak dapat sehelai baju atau apa apa aksesori pun, geramnyaa serious!
Aku gemuk macam cipan, siapa setuju? haha
Dengan muka tak malunya, kitorang tangkap gambar depan orang ramai. HIHI
Dengan muka tak malunya, kitorang tangkap gambar depan orang ramai. HIHI
Dan aku tahu aku makin annoying. Entahla seriously aku boring gila duduk rumah, routine harian aku makan, tido, berlatih menari untuk wedding kak ica, online, tengok cerita hindustan. Lifeless gila :o K aku makin gemuk sebab duduk rumah asyik makan je, lagi lagi bila ramai orang, makan nasi malam malam, mygodd, entah aku jadi tong drum ke apa sebelum kenduri kak ica, takut je baju yang aku tempah tu tak muat. Haaaa, takutnyaa. K sampai di sini sahaja. Goodbye :)
No comments:
Post a Comment