Wednesday, 28 December 2011

Kak Ica's and Babal Weddings

Last friday pergi rumah maklong, bila sampai dorang dah pun start berinai, so i miss that fun part. Babal pun ada datang untuk berinai. Hihi :>



And time tu jugak orang pasang pelamin sampai. 


taraaa! hasilnya :D


Bila orang buat pelamin dah balik, kitorang mempersembahkan tarian kitorang dekat cousin cousin yang ada. Hihi. And malam tu aku tidur dengan aina di atas sekeping katil single dan aku tidur pukul 5 pagi sebab tak boleh tidur. Idk why. Bangun pagi mata lebam, 24/12/2011 kene prepare untuk akad nikah kak ica yang bermula malam tu selepas isyak. Macam biasa lah, nama pun kenduri, banyak lah kerja yang kami harus lakukan, aku kemas rumah maklong apa yang patut, lepastu siapkan bunga telur, disebabkan ramai budak budak kecik dalam rumah tu yang makan berterabur, aku terpaksa menyapu rumah maklong 3 kali. Dan aku dah tak larat nak marah budak budak tu. Lepastu training menari. Step pun berterabur lagi masa practice tu, taktau lah apa nak jadi pada malam tu. Dah siap berlatih sampai puas hati, kitorang pun pergi bersiap untuk malam akad nikah. And orang pun dah siap pasang khemah. So we get ready for the big night :D





Tema untuk malam tu warna turqoise. Kebanyakan family pakai baju warna turqoise, so seriously best gila. and the best part for akad nikah, aku stalker babal, adakah dia nervous. Hihi



Dan adakah aku kelihatan buruk pada malam itu? silakan bersetuju.


From left; nad,aina,yah. and kat belakang macam hantu tu saya :D


Kak ica dah siap. Kak ica look cute malam tu, kak ica memang cute pun. Hihi


Do we look stunning? lol


 Wedding kak ica kali ni, kak ica taknak sedih sedih, lepas habis je upacara akad nikah dan kak ica and babal dah pun sah menjadi suami isteri, aku,aina,nadirah, dan alin pergi naik atas untuk tukar baju untuk tarian bunga rampai nanti. Bila dah siap kitorang practice buat kali terkahir, and harap harap semuanya berjalan dengan lancar, at the same time, aku rasa nervous, yang amat sangat, al maklumlah, im not a dancers. Lepastu kitorang di make-up oleh kaklong, aku make up serious buruk sangatt :(

Masa menari, omygod, first step dah lupa, apa lah teruk sangat aku ni, k lepastu nasib baik okay je dan tak lupa step, kitorang berempat dapat tepukan gemuruh. hihi. bestnyaaa. Dah habis tu tangkap gambar family pulak :D






with kak ica and babal, ohh ya, dah jadi abang ngah dah :D


Masa yah nyanyi, tiba tiba azad garu kepala, dia cakap yah nyanyi sedap sangat. Haha. Sumpah time tu lucu gila muka azad


With my dadd :D


25/12/2011

Another big day, hari yang sudah lama ku nantikan sudah tibaa :D
Aku bersiap pada pukul 11.  Lepastu pukul 12 lebih orang dah mula datang, alhamdulillah wedding kak ica kali ini tak hujan dan berjalan dengan lancar. Thank god. Lepastu kitorang pun pergi makan dulu, then kitorang get ready untuk jadi flower girl untuk mengiringi kak ica dan babal di karpet merah :D





Pengantin lelaki dah sampai :D









Ni nenek saya, kami panggil dia wan, wan tetap sporting walaupun anak dah 8, cucu dah 24 orang dan bakal cicit sorang dalam perut kaklong. And at last, wan tak boleh berhenti buat peace tu. Haha. Wan comell, ILY!


Thanks abang photographer. Abg Loyat kot tak silap :D

Masa kak ica buat ucapan kitorang semua suruh kak ica nyanyi, then kak ica nyanyi. Kak ica nyanyi lagu

"betapa ku cinta padamuu, katakanlahh, kau cinta padakuu~"

I love that songg, masa lirik tu habis, aku dengan alin jerit kat babal, opss, abg ngah, kitorang jerit, katakanlah babal, katakanlahhh. automatically babal cakap "aku cinta padamu" dan aku rasa nak menangis time tu. awhhh so sweet. nak jugak! k lambat lagi

Lepastu kitorang pergi outdoor photoshoot. k i loike it kali ni kitorang pergi ramai ramai, cousin lelaki pun ramai yang ikut. and abang photographer tu pun sangat lah friendly.


\Beberapa keping gambar yang aku capture sendiri. Akhirnya, aku dapat lah berangan jadi wedding photographer kejap. haha




Aku masih setahun jagung dalam photography, tak pernah try pun tangkap gambar wedding. first time ever!


Beberapa aksi gila yang sempat kami gambarkan untuk tatapan kalian :D bila kitorang tunjuk gambar ni kat makcik2 ku, semua gelak tak berhenti.





Dari abg loyat dan abang aliff afiq, curi dari fb dia. haha.





At the end of the day, semua orang penat, malam tu enjoy movie sampai tertidur, dan esoknya kitorang bangun pada pukul 10. And kitorang lari pergi MCD jap alin belanja, thankiu alin. Dia dapat 5A, dia yang belanja kitorang. HAHA


Aku dah taktahu apa masalah kitorang berdua, mungkin terlalu penat nak bergambar, aku sampai jadi teleng dah ni, alin pulak tak bleh nak bukak mata. HAHA

So petang tu balik puchong, k im gonna miss them and all the memories masa kenduri kak ica ni. Im gonna met them again this friday pergi ipoh, untuk kenduri belah lelaki pula. And sunday pulak abg daus nak bertunang. Dan aku pula bertuahnya, lepas kenduri demam dan sakit perut. Naisee. K that's all guys. Bbaii :)



No comments:

Post a Comment