Sunday, 11 December 2011

Having fun

Malam semalam, macam macam tempat yang aku fikirkan untuk pergi bersama family, macam macam tempat dah aku suggest dekat dorang, taman burung la, aquaria la,petrosains la. Semuanya boring, aquaria pulak, macam mahal je. So bangun je pagi tadi, ibu ajak pergi mandi, mula mulanya ingatkan nak pergi pusat akuatik shah alam, swimming memang best, siapa yang tak suka. Tapi ibu cakap pools boring, so better pergi sungai congkak, okay sungai congkak, again. Bertolak dari rumah pukul 11.30 then sampai pukul 1. Dah sampai cari port yang tenang dan sedikit lapang. Then pasang khemahh :)


Pastu kita tukar baju, terus terjun dalam sungai. Macam biasa lah air sungai sejuk macamm @#@%$#. Rasa macam kat lautan atlantik. Teringat cerita titanic. Haha. Sedapnya dapat baring baring atas aliran air deras yang berkocak kocak di batu, terasa ringan kepalaku dan terasa tenang, aku cuba untuk melupakan segala rasa sedih yang terbuku dalam hatiku, aku mengharapkan ombak itu membawa segala masalahku bersama. Pada saat itu aku berjaya menenangkan diriku. Aku dan adikku cuba bermeditasi, aku bayangkan aku mempunyai hidup yang sempurna, aku tersedar dari lamunan, bunyi cengkerik mempengaruhi ketenangan aku untuk bermeditasi. Setelah aku berasa sedikit lapar, aku mengalas perutku dengan sedikit bihun goreng. Sedikit? really sedikit? semangkuk jugak la. Then aku terjun semula ke dalam sungai, air sungai yang sejuk bagaikan jarum mencucuk ke anggota badanku. Di saat itu badanku terasa ringan seperti sekeping kertas atau bahasa kasarnya, bajet ringan. 


Masa nad tangkap gambar ni, aku mintak sangat gambar tu freeze. Okaylah tu, saja nak buat eksperimen, sampai pening kepala aku buat mcmtu banyak banyak kali. HAHA. K dah pnt tukar baju, aku jumpa sebuah taman usang, yang masih lagi elok, tetapi penuh berlumut.


Bila dah penat, beli goreng pisang, terus balik, lepastu ayah belanja KFC. Kerja makan je aku ni, makin lama aku duduk kat rumah ni, makin bertambah lah berat badan aku. K guys, im so tired. Sekian sahaja untuk hari ini. Selamat malam :)

No comments:

Post a Comment