Friday, 9 December 2011

Friends

Sedar tak sedar takdir selalu tak menyebelahi kita, kita mampu merancang tapi allah yang menentukan segalanya. Aku harap persahabatan kita tidak berhenti sampai di sini sahaja, aku tahu, mungkin ada yang bersyukur sebab jauh dari aku, dan mungkin ada yang merindui aku. Segala pahit,manis,masam,masin,kelat yang kita lalui bersama, semuanya mengajar kita erti persahabatan, aku tidak punya apa apa lagi di dalam dunia ni melainkan family, dan sahabat. Teringat peristiwa dimana aku dan sahabat aku berselisih faham tentang seorang lelaki yang mereka sangkakan aku ingin merebut lelaki itu dari salah seorang sahabatku. Selepas semuanya berakhir, kita berbaik semula. Pada waktu itu aku benci bila tersisih dari sahabat aku, mungkin takdir sudah tertulis begitu. Kemudian persahabatan kita diduga lagi, berlakunya salah faham di majlis harijadi sahabatku. Di situ lah kami mulai faham apa ertinya tolong menolong dan tidak bersikap selfish. Setelah 3 bulan tidak bertegur sapa, salah seorang dari sahabatku perlahan-lahan mengambil hatiku semula. Dan sekarang akhirnya. Aku bersyukur kerana semua dugaan yang kami tempuhi mengajar kami erti persahabatan. Kami berbaik semula dan kini, kami bagaikan dinasour berkepala 5. Tak boleh berpisah walaupun sehari. Harini sudah 3 hari tamatnya zaman persekolahan daku. Dalam hati ni cuma tuhan je yang tahu betapa aku merindui suasana bising di dalam kelas semasa ketiadaan guru. Dan setiap hari aku tak pernah berhenti berdoa agar tuhan tidak pisahkan kita. I love you guys so much :(


Promise me, jangan lupakan daku. Okay ? :')

No comments:

Post a Comment